Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM BICARA FIQH WANITA

PUTRAJAYA, 18 MAC 2022 – Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan KPKT (PCKPKT) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat telah menganjurkan Program Bicara Fiqh Wanita bertempat di Bilik Media Aras 1 KPKT, Putrajaya. Program ini dilaksanakan secara hibrid iaitu melibatkan 30 orang peserta hadir secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 300 orang peserta lain hadir melalui aplikasi dalam talian (zoom).

Program Bicara Fiqh Wanita ini bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada warga wanita KPKT berkenaan persediaan yang boleh dilakukan untuk menyambut kedatangan Ramadan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Fiqh Ramadan dan mengelakkan kekeliruan berkaitan hukum-hakam puasa.

Program ini dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengacara majlis dan diteruskan dengan sesi ceramah berkaitan Persediaan Menghadapi Ramadan oleh Ustazah Nuur Ashilah binti Kahar, Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab antara peserta secara bersemuka dan soalan-soalan daripada peserta online bersama penceramah.