Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IJTIMAK KELAB FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN BIL 1/2022

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2022 - Ijtimak Kelab Falak Wilayah Persekutuan Bil. 1/2022 telah diadakan pada hari ini yang disertai oleh guru-guru kelab falak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bernaung di bawah Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Ijtimak yang dilangsungkan secara atas talian ini turut dihadiri oleh wakil dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Yaakob Zakaria.

Objektif pertemuaan diadakan, adalah untuk merancang dan membuat penyelarasan aktiviti kelab falak sekolah di bawah unit falak PMWP sepanjang tahun 2022 ini. Sekaligus bagi membuka ruang perbincangan untuk penambahbaikan kegiatan kelab falak di sekolah.

Harapan PMWP, agar pertemuan, perbincangan dan pertukaran idea yang diatur terus membuka landasan usaha bagi kelangsungan perkembangan bidang falak di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.