Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PMWP MENYERTAI KURSUS PENGURUSAN FATWA DI DARUL IFTA’, MESIR

PUTRAJAYA, 25 OGOS 2023 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) merakamkan selamat maju jaya kepada 10 pegawai PMWP yang diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa peserta daripada agensi terlibat atas penyertaan mengikuti Kursus Pengurusan Fatwa di Darul Ifta’, Mesir yang akan bermula pada 26 Ogos 2023.

Dalam perkembangan berkaitan, kami juga turut mendoakan agar perjalanan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan diiringi Sahibul Fadilah Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelididkan) PMWP dalam memperkasakan beberapa program khas yang dirangka termasuk pertemuan khas dengan Syeikhul Azhar serta Rabitah Alumni Al Azhar sepanjang keberadaan SS Datuk Mufti di Mesir dipermudahkan.

Semoga usaha PMWP dalam menuntut ilmu berkaitan hal ehwal kefatwaan di bumi Mesir ini menatijahkan hasil yang memberi impak besar kepada rakyat Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.