Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYERTAI FORUM PERDANA MAJLIS ILMU 2023 DI BRUNEI DARUSSALAM

25 NOVEMBER 2023, BRUNEI – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima undangan sebagai panel jemputan luar negara bagi Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun. Forum tersebut telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas pada 25 November 2023.

Turut menampilkan barisan panel jemputan iaitu YBrs. Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), YBhg. Dato’ Seri Setia Dr. Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah, Penolong Mufti (Ifta), Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan YBrs. Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof, Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA selaku moderator forum tersebut. Forum bertajuk “Munajat Senegara Dengan Taubat” ini telah menghurai maksud munajat yang memberi impak positif dalam kehidupan serta membahaskan kedudukan dan amalan seseorang yang bertaubat tetapi masih melakukan dosa.

Semoga program yang dilaksanakan memberi manfaat kepada semua pihak amnya serta mampu mencapai kemajuan negara serta kesejahteraan yang seimbang sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sumber Gambar: Facebook Pelita Brunei