Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN YB SENATOR TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE PMWP

PUTRAJAYA, 21 DISEMBER 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baru dilantik pada 12 Disember 2023 atas kunjungan beliau ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) pagi ini.
 
Kunjungan YB Senator Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disambut baik oleh para pegawai PMWP termasuklah daripada Cawangan Kuala Lumpur dan Labuan melalui atas talian. Di kesempatan yang ada, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman telah memperkenalkan PMWP sebagai pusat hal ehwal kefatwaan di Wilayah Persekutuan melalui slaid pembentangan korporat dan pencapaian PMWP sepanjang tahun 2023 kepada YB Senator Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
YB Senator Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga menyatakan hasrat beliau agar PMWP terus menjadi kayu ukur sama ada di dalam dan luar negara sebagai pusat pengurusan hal ehwal kefatwaan yang lebih proaktif, dinamik dan progresif dari aspek pendidikan, kewangan syariah dan pendigitalan serta yang memenuhi keperluan mutakhir. Beliau juga berharap agar PMWP menjadi tonggak utama dalam mengeluarkan fatwa atau pandangan hukum bersifat wasatiy terutama dalam menangani ekstremisme di Malaysia.
 
Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak permulaan terbinanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak.