Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN DENGAN PENGERUSI DAN JAWATAN KUASA SURAU NUR HIDAYAH

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER 2024 – Pertemuan antara Mufti Wilayah Persekutuan dan jawatan kuasa surau Nur Hidayah Kampung Melayu FRIM Kepong yang diketuai Pengerusinya Ustaz Hamizul Abdul Hamid telah diadakan pada pagi 11 Oktober 2024 di ibu pejabat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam peluang kesempatan ini, perbincangan mengenai hukum-hakam serta program kemasyarakatan antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan surau Nur Hidayah telah diadakan.

Diharapkan daripada pertemuan ini agar hubungan antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan masyarakat dapat dieratkan serta bekerjasama dalam memartabatkan syiar dan syariat Islam.