Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TRAINING OF TRAINERS (TOT): KURSUS PEMAHAMAN AKIDAH: MEMBENDUNG AJARAN SESAT

BANGI, 28 OKTOBER 2024  – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Runding Cara Akidah telah mengadakan Kursus Pemahaman Akidah di Hotel Tenera, Bangi semalam. Kursus ini telah melibatkan seramai 25 orang pegawai PMWP bagi memberi pendedahan dan kefahaman tentang ajaran sesat. Slot pertama telah dibentangkan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti bertajuk 'Asas Akidah' . Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan banyak berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya berkaitan ajaran sesat. Beliau juga telah membuat perbincangan dua hala bersama para pegawai dan memberi teknik menjawab soalan dan cara penyampaian yang baik kepada Masyarakat awam serta bagaimana untuk mengenalpasti ajaran sesat.

Seterusnya, slot kedua telah dibentang oleh Dr. Mohd Aizam bin Mas'od, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM bertajuk 'Isu-Isu Akidah di Malaysia'. Beliau mempunyai pengalaman dalam mengkaji tentang isu-isu Akidah yang melibatkan ajaran sesat yang berlaku di Malaysia. Beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah-ceramah yang berkonsepkan isu-isu semasa Akidah bagi membendung ajaran sesat.

Fokus utama kursus ini adalah melahirkan para pegawai untuk sentiasa bersedia dan mampu menjawab persoalan-persoalan yang melibatkan isu dan polemik berkaitan ajaran sesat khususnya yang semakin menjadi-jadi dan hangat diperkatakan mengikut musim. Isu ajaran sesat ini saban tahun pasti wujudnya penyelewengan dalam agama berlaku di Malaysia.

Selain itu, PMWP akan terus mengadakan program-program seperti ini bagi meningkatkan lagi kompetansi para pegawai dalam memberi khidmat nasihat berkaitan Akidah kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.