PUTRAJAYA, 26 NOVEMBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menerima Lawatan Penanda Aras Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMNS) ke JMWP pagi ini bagi perbincangan sempena penganjuran Liqa’ Mahabbah Jabatan/ Pejabat Mufti Se-Malaysia Ke-4 yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.
Delegasi yang hadir diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Awaludin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan turut disertai beberapa pegawai JMNS. Jabatan ini mengucapkan syabas dan tahniah atas penghormatan yang dikurniakan kepada JMNS sebagai tuan rumah kali ke-4 nanti. Semoga penganjuran Program Liqa’ Mahabbah Kali Ke-4 nanti berjalan dengan lancar dan jayanya berkat kerjasama semua pihak.