Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2025 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan pertemuan dengan Prof. Dato’ Seri Ir. Dr Noor Azuan bin Abu Osman, Naib Canselor UM. Pertemuan ini memberi peluang dan kesempatan kepada SS Datuk Mufti untuk bertukar-tukar pendapat dalam beberapa perkara berkaitan pembangunan hal ehwal Islam di Univesiti Malaya.

Turut hadir Prof. Dr. Yahya Ahmad, Penolong Naib Canselor Strategi Korporat dan Prof. Dr Mohd Fauzi Hamat, Dekan Akademi Pengajian Islam.

Semoga hubungan dua hala Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Universiti Malaya akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua pihak.