Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT BANK ISLAM DAN ACCIN KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 7 JANUARI 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Bahagian Kewangan Sosial dan Bahagian Digital Bank Islam.

Delegasi daripada ACCIN diketuai oleh Tuan Haji Ir. Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin, CEO ACCIN. Kesempatan ini diambil bersama dengan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan untuk membincangkan berkenaan gerak kerja dakwah Islamiyah dan hubungan strategik antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Selain itu, delegasi daripada Bank Islam diketuai oleh Ustaz Haji Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan mengambil peluang bersama Mufti Wilayah Persekutuan dalam membincangkan berkisar hukum-hakam dan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan muamalat.

Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi asas kukuh kepada kerjasama strategik antara kedua belah pihak dalam usaha memperkasakan peranan Islam di pelbagai lapisan masyarakat.