PUTRAJAYA, 26 FEBRUARI 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Istinbat telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Fiddin Siri 1/2025 Bagi Pemegang Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Kuliah Masjid Putra, Putrajaya yang dihadiri seramai 40 orang peserta.
Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama Islam khususnya kepada pemegang tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan. Kelas tagaqquh ini terbahagi kepada tiga slot iaitu slot Al Quran, Fiqh dan Akidah yang telah disampaikan oleh pakar - pakar jemputan khas dalam bidang berkaitan.
Adalah diharapkan penganjuran program ini dapat diteruskan pada siri- siri akan datang bagi meningkatkan lagi kualiti pengetahuan dan mutu pemegang tauliah pengajaran agama Islam di Wilayah Persekutuan.