PUTRAJAYA, 19 MAC 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) melalui Unit Runding Cara Akidah (URCA) telah menganjurkan Ceramah bertajuk Apostasy : The Influence of the Revisionists on Malaysian Muslims Through Social Media pada 19 Mac 2025. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Santhira Morgan mengenai golongan Revisions dan dakwaan mereka terhadap Islam yang merupakan hasil kajian tesis beliau di peringkat Doktor Falsafah. Majlis turut dihadiri oleh Encik Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed Ketua Penolong Mufti Bahagian Penyelidikan dan beberapa Pegawai Penyelidik JMWP.
Semoga ceramah ini membawa manfaat yang besar dalam usaha memperkasa institusi Islam dan menyebarkan kefahaman agama yang sahih kepada masyarakat.