Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG KEPADA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 27 MAC 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Tujuan kunjungan diadakan adalah bagi mendapatkan penjelasan berkaitan pengurusan tauliah mengajar Islam Wilayah Persekutuan di samping memperkasakan lagi hubungan kerjasama strategik antara dua agensi ini. Mereka berkesempatan melaksanakan Bengkel Pemurnian Dan Pemerkasaan Tauliah Mengajar Negeri Pulau Pinang dengan beberapa pegawai daripada Unit Istinbat, Unit Buhuth dan Unit ICT bagi mendapatkan maklumat dan pandangan terutamanya berkaitan pengurusan tauliah mengajar agama Islam Wilayah Persekutuan. Justeru, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan serta para Penolong Mufti Kanan JMWP turut bersama-sama meraikan kehadiran delegasi ke jabatan ini bagi mendapatkan jawapan dan pandangan tuntas mengenai pengurusan tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Semoga kehadiran delegasi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang ke jabatan ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.