PUTRAJAYA, 27 MAC 2025 - Surau Al-Irsyad, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengimarahkan Ramadan Mubarak kali ini dengan pelbagai aktiviti melalui Program Ihya’ Ramadan 1446H JMWP Tahun 2025 dengan tadarus al-Quran yang diadakan pada setiap hari dan majlis perkongsian ilmu dalam kalangan warga JMWP pada setiap hari Khamis dan Jumaat.
Penutupan program ini dimeriahkan melalui Majlis Khatam al-Quran dan Tausiah Khas Ramadan 1446H yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.
Pada kesempatan yang ada, majlis meraikan pertukaran beberapa pegawai JMWP iaitu SF Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri @ Mohamad ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, SF Ustaz Muhammad Abdul Hadi bin Abd Razak ke Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin dan AF Ustaz Mohd Nazarudi bin Mohd Nadzir ke Kementerian Pengangkutan Malaysia. Selamat maju jaya kepada para pegawai yang bertukar ke tempat baharu.
Semoga Ramadan kali ini terus mendidik kita menjadi muslim yang lebih baik dan konsisten dengan amalan yang dilakukan ke bulan-bulan yang mendatang.