KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Webinar Isu Semasa Akidah bertajuk Raya, Raya, Raya: Antara Syariat, Adat dan Khurafat. Webinar ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa akidah berkaitan sambutan Hari Raya.
Webinar ini telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau telah berkongsi panduan serta penjelasan yang amat bermanfaat mengenai batas-batas antara ajaran Islam, adat budaya dan elemen khurafat yang perlu dielakkan dalam menyambut hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Semoga webinar ini dapat memberi manfaat dan menambah kefahaman dalam meraikan Hari Raya dengan penuh keberkatan.