Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

UNDANGAN TAZKIRAH DHUHA PUSPANITA SIRI 8/2026

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyampaikan Tazkirah Dhuha PUSPANITA Siri 8/2026 bertajuk "Di Mana Syukur Kita?" anjuran PUSPANITA Kebangsaan secara atas talian.

Dalam tazkirah tersebut, Sahibus Samahah menekankan kepentingan mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah SWT melalui penghayatan dalam hati, ucapan serta amalan. Beliau turut mengajak masyarakat agar sentiasa memperbanyakkan zikir, bersabar ketika diuji dan menjadikan rasa syukur sebagai asas dalam membentuk kehidupan yang diberkati.