Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

SIDANG MEJA BULAT INDUSTRI LAYAR: ANTARA KEBEBASAN BERKARYA DAN NILAI TATASUSILA

PUTRAJAYA, 14 September 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menganjurkan Sidang Meja Bulat bertajuk Industri Layar: Antara Kebebasan Berkarya dan Nilai Tatasusila yang berlangsung di Dorsett Hotel, Putrajaya.

Sidang meja bulat ini melibatkan Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan dan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada isu industri layar, khususnya dalam meneliti keseimbangan antara kebebasan berkarya dengan nilai tatasusila yang perlu dipelihara dalam penghasilan karya seni dan kandungan untuk tatapan masyarakat.

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berteraskan nilai agama, budaya dan norma kesopanan, kebebasan berkarya perlu dilihat secara seimbang agar kreativiti dan perkembangan industri kreatif dapat terus berkembang tanpa mengetepikan nilai-nilai murni serta batas tatasusila.

Sidang meja bulat ini turut menjadi wadah perbincangan dan pertukaran pandangan dalam usaha memperkasa kefahaman mengenai tanggungjawab serta peranan industri layar dalam membentuk kandungan yang berkualiti, beretika dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga perbincangan ini dapat menyumbang kepada usaha membina industri layar yang kreatif, progresif dan berintegriti, selaras dengan nilai agama, budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia.