Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

UNDANGAN CERAMAH MAGHRIB PERDANA “HAK MASJID, HAK JEMAAH”

SELANGOR, 30 September 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah diundang untuk menyampaikan Ceramah Maghrib Perdana bertajuk “Hak Masjid, Hak Jemaah” bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam.

Ceramah tersebut mengupas berkaitan hak dan tanggungjawab terhadap masjid serta peranan jemaah dalam mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan pembinaan masyarakat.

Dalam penyampaian tersebut, Sahibus Samahah turut menekankan kepentingan menjaga adab dan keharmonian dalam kalangan jemaah serta bersama-sama memelihara kemuliaan masjid sebagai rumah Allah dan tempat penyatuan umat Islam.

Program ini diharapkan dapat memberikan kefahaman dan penghayatan kepada para jemaah mengenai kepentingan masjid serta tanggungjawab bersama dalam memastikan institusi masjid terus dimakmurkan.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan kepada pihak Masjid Seksyen 7, Shah Alam atas jemputan kepada Sahibus Samahah untuk menyampaikan ceramah tersebut.