Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

TAUSIAH SYARIYYAH DAN EXECUTIVE TALK SIRI 5/2026

PUTRAJAYA, 14 Oktober 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Tausiah Syariyyah dan Executive Talk Siri 5/2026 bertemakan “Kemiskinan di Malaysia – Isu, Cabaran dan Penyelesaian” bertempat di Dewan Syura, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Program dimulakan dengan tausiah syarhiyyah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan kepada warga kerja jabatan. Pengisian ini bertujuan memberikan bimbingan dan penghayatan ilmu Islam dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam menangani isu kemiskinan.

Seterusnya, program diteruskan dengan Executive Talk yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammed Abdul Khalid; Profesor Adjung di Pusat Pengajian Ungku Aziz, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaya. Sesi ini membincangkan isu kemiskinan di Malaysia, cabaran sosioekonomi yang dihadapi serta pendekatan dan penyelesaian bagi menangani isu tersebut.

Pada penghujung program, majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada tiga orang warga kerja Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang telah dipilih sebagai Pekerja Cemerlang. Penghargaan ini merupakan tanda pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperluas pengetahuan warga kerja mengenai isu kemiskinan dari perspektif syariah dan sosioekonomi, di samping menyemai nilai keprihatinan serta memupuk budaya kerja yang cemerlang dalam organisasi.