Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN HADIRI MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KORPORAT McDONALD’S MALAYSIA

PUTRAJAYA, 3 November 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Korporat McDonald’s Malaysia kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjumlah RM300,000 yang berlangsung di McDonald’s, Putrajaya. Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh tanggungjawab sosial korporat melalui pelaksanaan kewajipan zakat bagi membantu golongan asnaf.

Dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah turut menyampaikan tausiah yang menekankan kepentingan zakat sebagai instrumen penyucian harta, pengagihan kekayaan secara adil dan pembangunan sosioekonomi umat Islam. Beliau turut menyentuh peranan institusi zakat dan sektor korporat dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta memastikan manfaat zakat dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.) merangkap Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), kepada YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, selaku penerima zakat. Majlis ini turut mencerminkan kerjasama antara sektor korporat dengan institusi zakat dalam memperkasa kebajikan dan pembangunan ummah.