Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

CERAMAH TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 16 November 2026 – Unit Latihan dan Integriti, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan ceramah bertajuk Tatakelakuan dalam Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Puan Nurliana binti Mad Ali dari Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri.

Ceramah ini memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan peraturan tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap penjawat awam. Antara tiga perkara utama yang diberikan penekanan ialah Peraturan 4A berkaitan gangguan seksual, Peraturan 19 berkaitan membuat pernyataan awam dan Peraturan 24 berkaitan tidak hadir bertugas.

Selain itu, penceramah turut berkongsi panduan mengenai langkah dan tindakan yang boleh diambil oleh mangsa apabila berhadapan dengan situasi pelanggaran tatakelakuan, khususnya berkaitan gangguan seksual. Pendedahan ini merangkumi kepentingan mengetahui hak sebagai mangsa serta saluran yang betul untuk membuat aduan dan mendapatkan bantuan.

Penganjuran ceramah ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kerja terhadap peraturan tatakelakuan dalam perkhidmatan awam, di samping memupuk persekitaran kerja yang selamat, profesional dan berintegriti.