Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KEM FITRAH KASIH SEKOLAH RENDAH TAHUN 2024

LABUAN, 17 OKTOBER 2024 - Unit Konsultasi Akidah, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) Cawangan Labuan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Kem Fitrah Kasih Sekolah Rendah Tahun 2024 yang bertempat di Dewan SJK (C) Chung Hwa, W.P. Labuan.

Ijtimak ini telah disertai oleh 3 buah sekolah mubaligh yang terdiri daripada para pelajar dan Guru-Guru Pendidikan Islam seluruh Labuan. Pihak JMWP Cawangan Labuan telah memenuhi undangan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menampilkan Ustazah Nur Hidayah Khairul Anuar, Pegawai Hal Ehwal Islam JMWP selaku pemudahcara dengan tajuk “Mengenali Ajaran Sesat dan Langkah Menghindari”.

Beliau telah menerangkan tentang tiga rukun agama; Islam, Iman, dan Ihsan sekaligus memperkenalkan Imam-Imam yang muktabar bagi ketiga-tiga rukun agama tersebut. Perkongsian diteruskan dengan contoh-contoh kesesatan dan langkah menghindari ajaran sesat. Semoga usaha ini memperkasa dan memperkukuh lagi ilmu akidah dan iman dalam kalangan pelajar dan guru-guru Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Labuan.