Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM ADVOKASI DAN KESEDARAN BERKAITAN PENIPUAN UMRAH DAN HAJI

LABUAN, 20 Februari 2025 (Khamis) - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji telah menjayakan Program Advokasi dan Kesedaran Berkaitan Penipuan Umrah dan Haji bertempat di Masjid Jamek an-Nur.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. En. Ramzi bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR. Program ini turut dimeriahkan oleh penyertaan agensi-agensi agama negeri, dengan kerjasama baik Perbadanan Labuan, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan, Polis DiRaja Malaysia, dan pemegang lesen agensi Umrah. Program ini turut dijayakan oleh anak kariah dari masjid surau seluruh Labuan.

Program ini bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat awam berkaitan perkara yang berkaitan penipuan haji dan umrah. Selain itu, program ini menyediakan kupasan bagi masyarakat awam untuk mendapatkan maklumat berhubung isu-isu penipuan haji dan umrah mutakhir di Wilayah Persekutuan khasnya serta di Malaysia amnya.

Semoga usaha ini memperkasa dan memperkukuh lagi ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan.