Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN MESRA FELO MUDA DAKWAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

KUALA LUMPUR | 27 OKTOBER 2015 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Felo Muda Dakwah YADIM di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama Sahibussamahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Kunjungan yang diketuai oleh Felo Muda Dakwah, Fadlie bin Abd Mutalib bertujuan bagi mendapatkan nasihat dan pengalaman daripada Sahibussamahah berkenaan idea-idea tanggungjawab dan teknik berdakwah yang boleh mereka, para Felo Muda Dakwah , terapkan dalam aktivit mereka akan datang. Sahibussamahah Datuk Mufti memberi nasihat akan kepentingan menjaga waktu sebagai modal yang paling mahal bagi setiap orang. Beliau juga menekankan aspek ikhlas dalam berdakwah, kewajipan berilmu dan kefahaman yang berhikmah berkenan waqi` (persekitaran) dalam konteks masyarakat yang akan didakwah. Kegagalan memerhatikan aspek-aspek ini akan membuatkan seseorang pendakwah itu gagal dan kecundang dalam medan yang mulia itu.

Majlis berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi fotografi. Seeru `ala barakatillah.

[widgetkit id=158]