Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #532 : SELESAI HUTANG GUNA WANG HARAM

Soalan: Apakah hukum bagi mereka yang menyelesaikan hutang menggunakan sumber-sumber yang tidak halal seperti hasil judi, taruhan, riba dan lain-lain?

Jawapan:

Hukumnya adalah haram. Ini kerana punca yang haram tidak mungkin diberi kepada yang lain untuk dihalalkan atau juga akan diberi pahala dengan sebab tersebut. Seseorang Islam amat perlu melihat kepada punca dapatan rezekinya dan juga punca bagaimana ia dibelanjakannya. Ini adalah amat penting untuk difahami oleh setiap orang Islam. Sabda Nabi SAW:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Maksudnya: “Sentiasalah dua kaki hamba pada hari kiamat berada di situ sehingga ditanya tentang umurnya, bagaimana digunakannya, ilmu apa yang dilakukannya, harta dari mana diperolehinya dan ke mana diinfakkannya dan tubuhnya dengan apa dilakukannya.”

Riwayat al-Tirmidzi (2417). Hadis hasan sahih

Justeru pastikan rezeki yang kita perolehi daripada sumber yang halal begitu juga belanjalah kepada tempat yang halal dan diizinkan. Semoga Allah kurniakan kepada kita rezeki yang halal. Amiin.