Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #306 : HUKUM MENJUAL BARANG MODAL DENGAN HARGA YANG LEBIH TINGGI

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 306 (28 JUN 2016 M / 23 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalammualaikum Mufti Ramadhon Kareem. Saya ingin pencerahan dlm bab berniaga jual beli....Adakah dibolehkan seandainya kita beli sesuatu barang Rm5 tetapi kita jual dgn Rm7..kerana keuntungan dan kos2 yg lain. Ada yg mengatakan DiHaruskan tdk salah.... tapi kenapa saya rasa seperti kita menipu pembeli... 2) Seandainya kita berniaga produk org lain dan produk itu telahpun tuanpunya brg itu sendiri telah tetapkan harga jualan namun kita menjual murah dari harga yg telah ditetapkan oleh owner dgn niat kita nak dpt untung lebih dan hbskan stok kita tetapi dlm pada masa yg sama bknkah kita menganiaya Tuanpunya barang juga Peniaga2 lain yg sama berniaga brg yg kita jual tetapi mereka jual dgn harga yg telah ditetapkan oleh Tuanpunya barang. Apa hukum dia Ustaz... saya berniaga bln utk cari untung ustaz tapi utk cari Rezeki yg Allah SWT Berkati , diRahmati serta diRedhoi...Harap ustaz dpt bantu...saya yg bodoh ini dlm Agama

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Syariah Islam meraikan keperluan umat untuk berekonomi dalam muamalat mereka sehari-hari. Membeli barang modal dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan untuk mendapatkan untung bukanlah satu bentuk kezaliman bahkan itulah takrif bagi bagi tijarah atau jual beli:

عبارة عن شراء شيء لبيع بالربح

Maksudnya: Suatu ibarat berkenaan membeli sesuatu dengan tujuan menjualnya (semula) untuk mendapatkan keuntungan.

Lihat al-Ta`rifat (1/56) oleh Imam al-Jurjani

Jual beli ini diharuskan tanpa kemakruhan. Dalilnya firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.

(Surah al-Nisa, 4:29)

Justeru, jelaslah, untung daripada kasb (usaha) itu, jika datang daripada sumber yang halal dan tatacara yang halal, maka inshaAllah akan menjadi rezeki halal, diberkati dan diredhai.

Wallahua’lam.