Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #287 : MENGGUNAKAN INTERNET PEJABAT UNTUK KEGUNAAN RENCAM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 287 (13 JUN 2016 M / 8 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum.

al-Fadil sahibussamahah Dr zulkifli al-bakri, sy ingin bertanya 1 soalan, saya merupakan seorang pensyarah subjek pendidikan Islam di sebuah kolej milik kerajaan, ketika waktu kerja, sy sering menggunakan kemudahan internet yang disediakan untuk melayari laman you tube untuk mendengar wacana-wacana agama dan kuliah penerangan tentang tafsir al-quran dan syarah hadis, ia bermanfaat kepada saya untuk lebih memajukan pengetahuan agama yang mana kadangkala berguna untuk dikongsikan bersama pelajar. soalannya: adakah perkara tersebut boleh dianggap menyalahgunakan kemudahan yang diberikan untuk kepentingan peribadi.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hal demikian tidak bermasalah jika diniatkan untuk tujuan kemajuan modal insani seperti menambah ilmu dan kemahiran yang akhirnya digunakan dalam kelas untuk mengajar. Akan tetapi, perlu cermat dalam aspek masa yang digunakan, elektrik, dan peralatan. Elakkan dibuat kerana kepentingan peribadi yang tida berkaitan dengan pembangunan modal insan.

Wallahua’lam