Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #278 : MENJUAL HADIAH CABUTAN BERTUAH

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 278 (25 MEI 2016 M / 18 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Kawan saya selalu masuk peraduan yang memerlukn bukti pembelian sabagai syarat pertandingan dan dia selalu membeli barangan tersebut semata-mata nak bukti pembelian (contohnya resit dll). Biasanya barang yang dia beli dalam kuantiti yang banyak akan dijual kepada rakan-rakan dengan harga yang murah dari pasaran. Soalan saya apakah hukum kami membeli barang-barang tersebut dari dia (kami tahu niat dia beli kerana nak hadiah bertuah) dan bila dia menang barangan tersebut (contohnya motor, mesin basuh dll) dia juga akan jual dengan harga yang murah dari pasaran. Adakah barang menang menang tadi tu dikira hasil judi dan apa hukum kami beli (seolah-olah meyokong perbuatannya). Harap diperjelaskn ustaz. Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumssalam,

Hadiah yang kawan penanya itu perolehi bukanlah hasil judi kerana peluang mendapatkan cabutan bertuah dan hadiah yang dimenangi dalah tabi’ (pengikut) dan bukan perkara yang asal, iaitu barang belian itu sendiri. Jika membeli peluang untuk cabutan bertuah itu, maka hukumnya ialah judi. Kaedah menyatakan:

يُغْتَفَرُ فِي التَّابِعِ مَا لَا يُغْتَفَرُ فِي الْمَتْبُوع

Maksudnya: Dimaafkan jika berlaku pada perkara yang mengikut suatu yang tidak dimaafkan pada perkara yang diikuti.

Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (2/133) oleh Syeikh Ibn Hajar al-Haithami

Wallahua’lam.