Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #376 : MENDOAKAN RAKAN SECARA TERSEMBUNYI DAN CARA MENEBUS KESILAPAN MENFITNAH

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 376 (7 SEPTEMBER 2016 M / 5 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Asslkm Dato'..nk tny 2 soalan :

1) malaikat akan mengaminkn doa kita jika kita berdoa utk org lain, adakah doa tu secara jahar atau secara sir (ketika sujud)?
2) mengada-adakan sesuatu yang org tu xbuat pastu ble menyesal kita minta maaf kat org tu. Perlu kah kita bg tahu kat org tu cerita yang kita telah ada-adakan tu?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Pertamanya, malaikat itu akan mengaminkan doa itu sama ada dibaca secara jahar mahupun sir, kerana termasuk dalam umum lafaz doa. Apabila disebut doa, ghalibnya berbunyi dengan lafaz-lafaz kalimat. Jika seseorang berdoa dalam sujudnya dalam bahasa Arab, maka dibolehkan, sedangkan jika dalam bahasa lain, maka sembunyikan di dalam hati. Daripada Ummu al-Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: Doa seseorang yang Muslim bagi saudaranya secara tersembunyi adalah mustajab, di sisi kepalanya ada malaikat yang ditugaskan untuk apabila seseoorang itu mendoakan suatu kebaikan bagi saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu akan berkata: “Amin, dan seumpama kebaikan itu bagi kamu (yakni pendoa) juga.”

Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahih-nya (2733)

Keduanya, hal ini bergantung kepada situasi. Pertimbangkan antara keburukan dan kebaikan. Yang penting, beristighfar, memohon ampun dan bertaubat kepada Allah atas kesilapan. Kemudian, gantikan kata-kata dan tindakan fitnah itu kata-kata yang baik, membela maruah mangsa yang sudah tercalar dan menunjukkan kesan-kesan yang baik yang ada padanya.

Wallahua’lam.