Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #264 : HUKUM BERMAIN CATUR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 264 (9 MEI 2016 M / 2 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum SS Mufti wilayah persekutuan saya ingin bertanya apakah hukum bermain catur?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Pertamanya, kita perlu mamahami kaedah bahawa:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu perkara ialah keharusan sehingga ada dalil yang menunjukkan kepada pengharaman.

Rujuk al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazair (1/60)

Oleh itu Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam berkenaan catur dan dhawabitnya:

Para sahabat sendiri berbeza dalam memandang masalah catur ini.
1. Ibnu Umar menganggapnya sama dengan dadu.
2. Sedang Ali memandangnya sama dengan judi.
3. Sementara ada juga yang berpendapat makruh.

Dan di antara sahabat dan tabi'in ada juga yang menganggapnya mubah. Di antara mereka itu ialah: Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisyam bin 'Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubair.

Inilah pendapat orang-orang kenamaan dan begitu jugalah pendapat saya. Sebab menurut hukum asal, sebagaimana telah kita ketahui, adalah mubah. Sedang dalam hal ini tidak ada satu nas tegas yang menerangkan tentang haramnya. Dan pada catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam riadhah otak dan mendidik berfikir. Kerana itu tidak dapat disamakan dengan dadu. Dan justru itu pula mereka mengatakan yang menjadi ciri-ciri dadu ialah bermain nasib, jadi sama dengan azlam. Sedang yang menjadi ciri dalam
permainan catur ialah kecerdasan dan latihan, jadi sama dengan lomba memanah.

Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:
1. Bermain catur tidak boleh menunda-nunda sembahyang sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
2. Tidak boleh dicampuri perjudian.
3. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari perkataan kotor, cabul dan perkataan-perkataan yang sia-sia.

Kalau ketiga syarat ini tidak dapat dipenuhinya, maka hukumnya ialah haram.

Wallahua’lam.

Imej dari Pixabay