Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #336 : TANAM POKOK DI RUMAH JIRAN YANG TIDAK BERPENGHUNI

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 336 (19 JULAI 2016 M / 14 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikaum Tuan, saya nak tanya

Saya ada tanam pokok buahan di dalam kawasan rumah jiran yang tidak berpenghuni dan saya tidak pernah bertemu dengan jiran ini untuk minta izin. sekaarang pokok ini sudah berbuah boleh ke saya makan buahan ini? mohon penjelasan. Saya jaga rumah ini supaya tiada pencerobohan keatas rumah ini. rumah ini di sebelah rumah saya. apa hukumnya tuan.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Sepatutnya perlu meminta izin tuan tanah kerana itu tanahnya, dan hak tasarruf (hak penggunaan) milik orang lain tidak boleh digunakan melainkan dengan keizinan dari tuannya. Justeru, kami syorkan berhubung terus dengan tuan tanah, atau jiran tetangga yang mengenalinya, untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Berbincanglah dengan baik. InsyaAllah ada penyelesaian.

Sila rujuk al-Kafi #202 : status pemilikan pokok di tanah orang (http://goo.gl/N1X8yx)

Wallahua’lam.