AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 334 (18 JULAI 2016 M / 13 SYAWAL 1437H)
SOALAN:
Assalamualaikum Dr Zul. Saya ingin bertanya, apa pendapat Dr Zul jika saya sebagai Muslim ingin membela anjing sebagai peliharaan / keselamatan rumah? Bagaimanakah saya patut kendalikan dgn sebaiknya hal2 utk samak dsb. Terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Sebaiknya kami cenderung agar tidak dibela anjing di kediaman saudara untuk mengelakkan fitnah dalam konteks masyarakat kita yang bermazhab al-Syafie. Bagi faktor keselamatan, saudara boleh menggunakan sarana lain seperti penggera loceng, pengawal sekuriti, Rakancop, Rukun Tetangga dan lain-lain.
Wallahua’lam