AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 333 (18 JULAI 2016 M / 13 SYAWAL 1437 H)
SOALAN:
Salam Tuan Mufti, sy ingin bertanya apakah maksud nama Fahila? Sy dah cari dalam buku nama2 Islam tapi tak jumpa, sy menunggu kelahiran anak pada bulan ogos nnt, dan jika anak saya perempuan, adakah elok jika saya namakan dia dengan nama " Wan Nur Fahila"? Minta maaf menggangu Tuan Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Sepanjang pencarian kami yang terbatas, perkataan kata kerja ‘فَحَلَ’ memberi maksud memberikan sesuatu. Justeru mungkin boleh dianggap ‘فَحلُ’ membawa maksud hadiah. Pun begitu, perkataan ini merujuk kepada haiwan jantan, khususnya kuda jantan yang subur tidak dikasi. Manakala perkataan ‘فَحِيل’ pula bermaksud lelaki yang subur. Kami juga dapati jika dita’nithkan dengan ‘فَحِيلَة’, dan sumpamanya, tidak pula dijumpai dalam bahasa Arab sedemikian perkataannya.
Justeru, kami mencadangkan agar diberi nama lain bagi anak itu dengan nama tokoh-tokoh wanita dalam tradisi Islam seperti Aisyah, Sofiyyah, Khadijah dan Fatimah.
Wallahua’lam.