Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #368 : MENGGUNAKAN DANA PEMBINAAN SEKOLAH BAGI TUJUAN LAIN

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 368 (26 OGOS 2016 M / 21 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum, dr.zulkifli. Jika sumbangan orang ramai untuk pembinaan surau sekolah diambil untuk program pelajar, dan perkara2 pembayaran yg melibatkan sekolah adakah dibolehkan?

JAWAPAN:

Waalaikummussalam.

Tidak boleh untuk digunakan pada urusan yang lain kerana ianya telah dikhususkan kepada dana pembinaan surau sekolah. Kami menasihati agar pihak puan mencari dana yang lain bagi tujuan program pelajar dan sebagainya.

Wallahu a’lam.