Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL_KAFI # 252 : GELARAN MURABBI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 252 (20 APRIL 2016 M / 12 REJAB 1437 H)

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz yg saya kasihi..semoga sentiasa berada d bawah pemeliharaan ilahi..ustaz saya ada soalan yg musykil nak tanya..zaman sekarang ni kita lihat anak-anak muda yang baru balik ke pangkuan agama mudah memberi gelaran murobbi kepada seseorang ustaz yang mereka taksub dengan penampilan dan lain-lain..soalan saya, apakah maksud sebenar murobbi dan pangilan ini sesuai diberikan kepada ustaz yang macam mana?. Semoga Allah mempermudahkan urusan ustaz nak menjawabnya.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Panggilan murobbi ini berasal daripada kalimah rabbā (ربّى-يربّى-تربية) yang membawa maksud pendidik. Bahkan sebahagian daripada ulama yang mengajar akhlak, membahagikan jenis guru itu kepada dua; syeikh al-ta’lim (guru yang mengajar ilmu) dan syeikh al-tarbiyyah (syeikh yang mengasuh dan mendidik kepribadian seseorang berdasarkan manhaj tertentu). Asalnya tidak ada masalah untuk mengiktiraf seseorang itu sebagai murobbi khususnya apabila pendidik itu sendiri aktif membentuk peribadi muslim yang unggul. Hanya yang jadi masalah ialah jika perlakuan mereka bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah, maka eloklah ditinggalkan.

Wallahua’lam.