Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #318 : TERLANJUR: IBU BAPA TIDAK SETUJU KAHWIN

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 318 (6 JULAI 2016 M / 1 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Salamun Alaikum ustaz.

Apa yang patut kami lakukan kalau kami terlanjur berzina, dan kami telah mengaku depan ibu bapa kami. Tetapi mereka tidak bersetuju kami kahwin, sebaliknya hanya diminta bertaubat?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt

Semoga Allah ampunkan dosa kita. Dan nas syarak secara jelas menunjukkan betapa pentingnya taubat selepas melakukan perbuatan zina atau yang lain lagi seperti mana firman Allah Ta’ala:

Begitu juga lakukanlah kebaikan semoga degannya akan terhapuslah kejahatan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Maksudnya: Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan nescaya akan menghapuskannya, dan bergaullah dengan manusia bersama akhlak yang baik.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (1987). Kata beliau: hadis hasan sahih.

Wallahua’lam.