SOALAN 39 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya. Jika kita bernazar, contohnya dengan mengatakan: “Kalau saya tak dapat habiskan baca al-Kahfi pada Jumaat ni, saya kena berpuasa dua minggu berturut-turut." Adakah ia dikira sebagai nazar?
JAWAPAN
Bayarlah kifarah nazar tersebut jika tidak mampu melakukannya. Sebaik-baiknya laksanakan bacaan surah Al-Kahfi tersebut kerana nazar dalam mentaati perintah Allah hendaklah dilakukannya.