SOALAN 44 (14/05/2015 BERSAMAAN 25 REJAB 1436H)
Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah manusia melihat alam ghaib?
JAWAPAN
Pada kebiasaannya tidak dibolehkan tetapi jika dikasyafkan Tuhan sebahagian alam ghaib adalah dibolehkan. Dengan sebab itulah perbahasan dalam Islam terdapatnya perkataan kasyaf, firasat, dan lain-lain tetapi penuh dengan dhawabit atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh para ulama’. Ini kerana akan timbul pelbagai dakwaan yang membawa kepada karut marut dan tidak tepat. Tuntutlah ilmu daripada guru-guru yang benar-benar thiqah dan soleh agar kefahaman berkaitan Islam amat jelas.