Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ
carian

SOALAN 11 (24 APRIL 2015 BERSAMAAN 5 REJAB 1436H)

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada mimpi buruk berhubung kematian. Mohon pandangan ustaz.

 

JAWAPAN

Mimpi adalah salah satu daripada lumrah yang terjadi kepada manusia dalam tidur. Banyak hadith berkaitan mimpi tetapi bukan semua mimpi boleh ditafsirkan. Secara umumnya, para ulama membahagian mimpi kepada tiga:

  • Mimpi ketuhanan iaitu yang datang dan ilham daripada Tuhan.
  • Mimpi syaitan. Ini lebih kepada tipudaya syaitan atau disebut adghathu ahlan
  • Mimpi nafsani iaitu apabila seseorang begitu kuat teringat kepada sesuatu sehingga termimpi-mimpi.

                                                                            

Dalam hal ini, mimpi yang wajar ditafsirkan adalah mimpi yang pertama sahaja. Bukan yang kedua dan juga yang ketiga. Para ulama menganggap tafsiran mimpi bukan semestinya mengikut apa yang berlaku tetapi ia boleh jadi berlainan. Inilah yang ditafsirkan oleh kebanyakan ulama. Antara tafsiran yang dikemukakan adalah berlawanan dengan hakikat mimpi dan boleh jadi ditafsirkan dengan isu yang lain pula berdasarkan keadaan seseorang ketika itu. Saya menutup jawapan ini dengan dinukilkan oleh Abu Sa’id yang berkata: “Kematian dalam mimpi adalah kesesalan besar atas perkara yang kamu lakukan. Ia berdalil kepada nas Ilahi.” Justeru, sila rujuk kepada mereka yang soleh dan alim dalam mentadbir mimpi. Antara tokoh yang terkenal adalah Ibn Sirin dan juga Syeikh Abdul Ghani al-Nablusi dalam bukunya Ta’tir al-Anam fi Ta’bir al-Manam. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amin.