Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #12 : KUMPULAN ZIKIR NAFAS

SOALAN 12 (24 APRIL 2015 BERSAMAAN 5 REJAB 1436H)

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin meminta kepastian daripada pihak ustaz tentang kumpulan zikir nafas yang sekarang sedang aktif diketuai oleh Sheikh Dr Ismail Kassim. Kumpulan ini aktif berzikir ke Pulau Besar, Melaka dan Aceh. Saudara saya ada ber‘baiah’ dengan kumpulan ini dan mendakwa mereka pengsan 'fana' beberapka kali apabila melakukan zikir beramai- ramai. Harap dapat input dan penerangan daripada pihak ustaz.

 

JAWAPAN

Isu zikir ini perlu diberi perhatian yang sesungguh-sungguhnya. Kami telah banyak memberi ulasan dan jawapan serta huraian yang panjang dalam pelbagai buku kami antaranya Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam dan juga al-Lu’lu’ lil Mu’minin.

 

Dalam Islam, tuntutan zikir telah dinaskan dalam al-Qur’an dan Hadith dan galakan serta fadhilat zikir tidak diragu lagi. Tetapi cara pelaksanaan itu menjadi perbahasan ulama. Ada yang menghendaki mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW sahaja. Ada yang berpendapat kebebasan cara berzikir boleh dilakukan oleh seseorang berdasarkan kepada suruhan berzikir itu sendiri sehingga sampai kepada fana’ atau sebagainya.

 

Secara ringkasnya, saya syorkan persoalan ini ditanya kepada guru-guru tariqat yang benar-benar berilmu dan memahami dengan sebaiknya pelaksanaan zikir yang diajar dalam Islam. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amin