SOALAN 19 (28 APRIL 2015 BERSAMAAN 9 REJAB 1436H)
Assalamualaikum, Ustaz. Saya ingin bertanya. Adakah seorang guru besar atau ketua boleh membenarkan orang bawahannya lambat datang kerja atau tidak perlu datang kerja kerana budi bicaranya? Bukankah majikan juga pekerja dan diamanahkan untuk menjaga orang dibawahnya?
JAWAPAN
Hal ini bergantung kepada terma perjanjian apakah bentuk kerja dari sudut masa telah ditetapkan seperti jam 8 hingga 5 atau bersifat flexi hours atau bergantung kepada selesainya satu-satu tugas. Justeru, lihatlah kepada terma perjanjian dan pihak pengurusan boleh mengambilkira budi bicara berdasarkan zuruf dan keadaan tertentu.