SOALAN 23 (05/05/2015 BERSAMAAN 16 REJAB 1436H)
Assalamualaikum Dato’ SS. Saya ingin bertanya satu soalan. Adakah wali kepada anak perempuannya masih layak untuk menjadi wali bagi majlis ijab dan qabul di mana status kesihatan wali ini kadang-kadang sihat yakni normal seperti biasa dan kadang-kadang tidak sihat seperti sudah tidak kenal diri sendiri, anak-anak dan isteri. Situasi ini kesan dari penyakit strok yang dialami.
JAWAPAN
Ambillah pada masa dia sihat atau akad nikah dahulu ketika mana wali itu ingat dan sihat. Ini lebih baik daripada berpindah kepada wali yang lain atau wali hakim