Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #24 : MAKANAN SUNNAH

SOALAN 24 (05/05/2015 BERSAMAAN 16 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Mohon penjelasan, adakah makan sayur itu sunnah Rasulullah ?

 

JAWAPAN

Minta maaf saya tidak tahu tetapi yang saya tahu, Baginda ﷺ pernah makan roti, tamar, rutab dan beberapa jenis yang lain. Yang dapat difahami makanan Rasulullah adalah amat simple walaupun baginda ﷺ amat suka makan peha kambing. Dalam buku al-Syamail al-Muhammadiyyah menyebut antara makanan Rasulullah ﷺ adalah barli, madu, cuka, ayam, daging burung, zaitun, labu, gandum, daging kering, manisan, dan mungkin beberapa jenis lagi.