Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SOLAT MENGGUNAKAN TIUB KENCING

SOALAN 65 (02/06/2015 BERSAMAAN 15 Sya’aban 1436H)

 

Saya ingin bertanya Ustaz berkenaan cara solat menggunakan tiub kencing (CBD). Bolehkah dibawa masuk sekali di masjid? Wassalam.

 

JAWAPAN

Dalam isu ini, jika tidak boleh dipisahkan daripada seseorang dan sentiasa bersama dengannya maka ketika itu dikira darurat dan dibolehkan. Cumanya bentuk di mana terdapat banyak atau tidak air kencing dan seboleh-bolehnya biarlah pada kadar yang kurang dengan dibuang dahulu atau ditukar dan dibersihkannya. Sila lihat buku panduan JAKIM dalam isu ini.