SOALAN 71 (10/06/2015 BERSAMAAN 23 Sya’aban 1436H)
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya satu soalan. Sekiranya seseorang itu mengaku bahawa dia adalah seorang free thinker, adakah dia dianggap murtad? Free thinker di sini bermaksud dia mempersoalkan kewujudanTuhan. Dan apakah hukum seorang suami yang free thinker tadi terhadap isterinya yang berpegang teguh dengan ajaran Islam?
JAWAPAN
Saya syorkan dibawa lelaki ini bertemu dengan pakar agama terutamanya dalam bidang yang menjadi kekeliruanya. Boleh jadi kerana kedangkalan dan kecetekan ilmu membawa kepada pemikiran seperti itu. Menghukum dan meletakkan seoserang pada tempat dan zon yang lain dari daerah ke Islaman dan keimanan hendaklah dielakkan. Adukanlah kepada mahkamah syariah. Mudah-mudahan wujudnya sesi kaunseling untuk penyelesaian isu ini.