Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Adakah wajar hukuman mati bagi mereka yang ingin bertaubat?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 127 (16 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 5 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum Sohibus Samahah Datuk,

Kebanyakan negara-negara di seluruh dunia menjalankan hukuman gantung sampai mati bagi setiap pesalah-pesalah yang disabitkan salah laku dalam undang-undang negara. Hal ini juga, tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Adakah wajar bagi mereka yang ingin bertaubat dijatuhi hukuman gantung sampai mati? Mohon pencerahan berlandaskan agama Islam.

Terima kasih

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Dalam Islam, ada beberapa keadaan bahawa taubat boleh diterima oleh qadi atau hakim sebagai alasan pembelaan untuk mengelak daripada hukuman mati. Contohnya jika seseorang yang sedang merompak kemudian membatalkan tindakannya kerana taubat, sebelum ditangkap pihak berkuasa, maka boleh diterima taubatnya untuk menidakkan hukuman mati.

Ini berdasarkan dalil al-Quran:

إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِن قَبۡلِ أَن تَقۡدِرُواْ عَلَيۡهِمۡۖ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱالله غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Maksudnya: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Maidah, 5:24)

Bahkan ada pendapat yang mengatakan bahawa jika terbukti bahawa pesalah benar-benar bertaubat, seorang qadi memiliki kuasa untuk menerima taubat tersebut sebagai alasan untuk membebaskannya daripada hukuman.

Dalam perlaksanaan hukuman gantung sampai mati, hal ini ialah urusan Siyasah Syar`iyyah yang lebih kepada cara atau wasilah sahaja. Ini adalah masalah khilaf di kalangan ulama.

Di Malaysia, bagi kes yang sudah pun dijatuhkan hukuman jenayah oleh pihak mahkamah, hanya Yang di-Pertuan Agong di wilayah-wilayah persekutuan atau Sultan di negeri-negeri di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan layak untuk mengampunkan, menundakan, atau menunda hukum. Wallahuaʿlam