Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MEMBELI BARANGAN YANG MEMILIKI KAITAN DENGAN ISRAEL

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 130 (18 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 7 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN

Assalamualaikum ustaz.

Apa hukum makan barangan keluaran syarikat Israel atau syarikat yang menyokong Israel yg secara jelas menggunakan hasil jualan untuk membeli senjata membunuh umat Islam Palestin? Bagaimana pula syarikat yang ada hubungan dengan israel tetapi tak pasti samada hasil jualannya ada menyumbang atau tidak pada Israel secara langsung untuk membunuh umat Islam Palestin ? 

Jazakumullah khairan kathira.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Ini lebih kepada andaian. Justeru, hendaklah seseorang itu memastikan terlebih dahulu maklumat yang diperolehi adalah benar dan sahih, atau sebaliknya. Untuk keterangan lebih, sila rujuk buku kami yang bertajuk Palestin Tidak Pernah Gentar. 

Wallahua`lam.