Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Membeli harta faraid

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 160 (20 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 10 RABIULAKHIR 1437H)

 

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya berkenaan harta faraid. Bagaimana situasi jika salah seorang daripada penama faraid ingin membeli rumah pusaka. Rumah tersebut memiliki lapan penama mengikut faraid. Apakah pembeli itu masih boleh mendapatkan bahagian dia atau sebaliknya. Mohon pencerahan daripada pihak ustaz.

 

Jawapan:

Ya. Dia yang ingin membeli rumah itu berhak mendapatkan haknya juga. Justeru, ditolak peratusan bahagiannya daripada harga rumah tersebut. Wallahua`lam