Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Mendengar bacaan al-Quran ayah yang sudah meninggal

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 161 (20 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 10 RABIULAKHIR 1437H)

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Saya ada persoalan mengenai arwah bapa saya. Semasa dia hidup, saya ada merakam video arwah semasa dia sedang membaca Al Quran. Dia sedang membaca surah al A`laa. Selepas beliau meninggal dunia, kami ada beradik kadang kala menonton video itu yang kami simpan dalam handphone kami. Apakah hukumnya dalam islam melihat video org yang sudah meninggal? Adakah pahala bacaan dalam video yg ditonton oleh anak anak beliau sampai kepada arwah?

Terima kasih. Wassallam.

Jawapan:

Hukumnya ialah harus. InshaAlah jika bacaan tersebut dikira sebagai amal jariah, akan berterusan pahalanya walaupun sudah meninggal dunia.

Wallahua`lam