Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Tukar kucing dengan makanan kucing

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 228 (28 MAC 2016 M / 19 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt.

Ustaz saya nak bertanya apakah hukumnya sekiranya kucing peliharaan kami ingin dibeli orang. Tetapi kami berhajat utk menukar gantikannya dengan makanan kucing bukannya wang ringgit?  Terima kasih ustaz.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat transaksi demikian masih lagi berbentuk perniagaan, kerana menukarkan satu barang dengan barang lain. Telah kami nyatakan sebelum ini bahawa perniagaan kucing ialah makruh. Rujuk al-Kafi li al-Fatawi di pautan berikut: http://goo.gl/r1g351

Wallahua`lam.